Owner Post Them Follow Dash



Purple-licious
Cik Niaaa
Cik Niaaa

Bonjour!


Hello and welcome to my blog
I pour my heart and thoughts here
Pardon my words

Tagboard

⊰HOVER ME!⊱
Please do not spam my cbox. Please put your blog link so I can visit you back.
[FORM CODE. WIDTH 175 HEIGHT 86]


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome
Adalah haram untuk buka page source dan curi code di sini

B.E.R.U.B.A.H


Berubah ? aku rasa dalam setiap diri manusia ada niat untuk berubah ..
even orang yang jahat sekalipun mesti di dalam sudut hati dia , dia pun sebenarnya ingin berubah.. Untuk berubah nie bukan mudah , memerlukan kita untuk terus beristiqamah supaya perubahan yang ingin dilakukan mahupun telah dilakukan itu tidak akan menjadi sia-sia..
Bila bercakap tentang perubahan bersama yang tersayang mesti aku akan mengalirkan air mata..
sebab aku sedar diri aku macam mana dan memang perubahan tu perlu dilakukan ..
tapi .. apa yang aku tahu .. selepas ketiadaan abah .. selepas munculnya yang tersayang 
sedikit sebanyak merubah diri aku sedikit demi sedikit ..

Aku bermula dengan zero , nothing , empty ..
tapi aku slow-slow belajar ..
aku rasa aku untung sebab dikurniakan orang yang selalu support perubahan aku ,
yang selalu tolong untuk betulkan aku .. yang selalu bagi nasihat dekat aku untuk betulkan diri 
Ya betul , aku akui , aku agak degil dan agak susah untuk ikut apa yang dikatakan ..
tapi ada satu hal yang selalu buatkan aku terfikir ,
HATI aku , disebabkan hati aku yang lembut tahap apa entah nie la yang selalu buat aku rasa bersalah dan perubahan yang ingin aku maksudkan itu tetap dijalankan .. dilakukan ... diteruskan ..
Segala nasihat serta dorongan tu aku jadikan sebagai semangat untuk aku ,..
aku akui ,.. walaupun tatkala kesalahan itu masih berulang .. ini mungkin kerana diri aku yang begitu lemah .. lemah dengan dugaan duniawi ..
hanya orang yang tertentu , yang mengetahui jalkan hidup aku je yang akan faham aku yang dulu dengan yang sekarang ..


Mungkin selama nie .. aku jahil ..
aku tak arif , tak layak untuk berbicara tentang nie ..
tapi bila aku bertanya dan terus bertanya sehingga aku faham ,,
sedikit sebanyak membawa aku untuk menjadi dengan lebih baik ..
Kuncinya ialah
HATI YANG MEMPUNYAI NIAT YANG IKHLAS ..

Tapi perubahan yang dilakukan itu harus difahami ..
bukan untuk semua benda kita perlu berbuat baik ..
bukan semua benda kita perlu mempercayai ..
bukan semua benda kita perlu serahkan segalanya ..
bukan semua benda kita perlu tawakal ..
maksud aku .. berbuat baik berpada-pada ... fikir keselamatan..
maksud aku tak semua percakapan mahupun perbuatan seseorang tu kita perlu percaya .. kalau boleh kaji dahulu ...
maksud aku tak semua benda kita kena berserah ,. kita boleh gunakan akal untuk berfikir sesuatu benda tu akan menguntungkan atau merugikan diri .. meletakkan diri sendiri dalam kesenangan ataupun kemudaratan ..
maksud aku .. kita perlu lah berikhtiar untuk sesuatu benda ,, usaha dahulu sebelum terus bertawakal .. ia mempunyai peringkat yang tersendiri ..

Makin hari , minda aku makin terbukak .. 
makin boleh menerima serta berfikir  logik ..
untuk semua benda yang datang dalam hari hari yang aku lalui ..
mungkin perubahan usia .. dan mungkin juga atas sebab sebab yang tertentu ..


Ingin aku nyatakan ..
aku sangat bersyukur dikurniakan orang yang tak pernah penat untuk cuba memahami aku ..
membimbing aku .. menasihati aku .. menegur setiap kesalahan aku ..
yang sentiasa ada dengan aku ..
yang berjaya merubah diri aku sedikit demi sedikit ..
percayalah .. orang itulah yang aku harapakan untuk sentiasa ada dengan aku dan terus membimbing aku ..
mengharapakan supaya tidak akan ada perpisahan mahupun perbalahan ..
InShaaAllah .. aku akan berubah sedikit demi sedikit untuk masa depan bersama ..