Owner Post Them Follow Dash



Purple-licious
Cik Niaaa
Cik Niaaa

Bonjour!


Hello and welcome to my blog
I pour my heart and thoughts here
Pardon my words

Tagboard

⊰HOVER ME!⊱
Please do not spam my cbox. Please put your blog link so I can visit you back.
[FORM CODE. WIDTH 175 HEIGHT 86]


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome
Adalah haram untuk buka page source dan curi code di sini

C.i.n.t.a. P.e.r.t.a.m.a

Assalammualaikum dan selamat pagi , selamat tengahari , selamat malam serta selamat magi(malam+pagi) . Erm topik ini agakk sukar untuk di "update" , sehinggalah pelbagai sumber dirujuk . Hahahaha . Siap pergi library beb . Lebai goggle pon digunakan , pengalaman pun digunakan . Btw , erm maaflah untum karya yang tunggang terbalik ayatnya . Maklumlaa tak powerrr nak karang-karang nie haa . Here we go .. cintaaaa ! 

Cinta pertama itu seumpama sebutir bintang suraya di langit . Kadang kadang ia muncul , kadang kadang ia bersembunyi di sebalik awan .
Berkata tentang cinta pertama , hati terasa manis jadinya apabila kasih tersimpul membawa bahagia . Namun benarkah cinta pertama itu pasti menempa jaya ?

Ramai yang bertanya .
"Cinta pertama itu indahnya seperti apa?"
"Cinta pertama itu untuk siapa?"
"Cinta pertama itu kekalnya sehingga bila?"

Pelbagai persoalan yang akan menerpa . Mungkin juga bagi sesetengah manusia itu cintanya kepada manusia . Sesetengah manusia juga cintanya sama maha pencipta .. tapi .. cinta itu akan wujud untuk kedua-duanya .

"Cinta kepada sang pencipta"
Tak ramai yang sedar akan cinta yang sekian lama ada di dalam diri kita . Buktinya ? Setiap sujudmu , setiap permohonanmu , setiap rintihanmu , DIA  akan mendengar . Setiap kali bersama-NYA ada kah kita merasa jauh ? Tidak ! Kita akan merasa dekat . Mengapa ? Kerana DIA akan selalu ada untuk hambanya .

Pernah juga kita merasakan , mengapa setiap kesakitan , setiap keperitan , setiap dugaan yang datang itu Allah turunkan . Pernah ? Jika pernah .. inilah sebabnyaa .
"Tiada seorang muslim akan menderita kelelahan atau penyakit atau kesusahan hati bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penesbus dosanya"
(Hadis riwayat bukhari dan muslim)

"Apabila Allah kasihkan seseorang , Allah akan mengenakan dengan suatu ujian sehinhga Allah mendengar rengekkan , permintaan yang bersungguh-sungguh dari hambanya"
(Dari Musnad Firdaus oleh Dailami)

Nampak ? Bertapa Allah sayang dan kasihnya kepada kita hingga memberi dugaan sebagai penghapus dosa untuk diri kita . Dia juga sebenarnya rindukan kita :') . Subhaanallah .
Cinta ini laa cintaa yang pertama .. cinta Allah , cintaa yang hakiki . ❤

"Cinta kepada manusia?"
Siapa yang tak pernah lari dari jatuh cinta ? Melalui pandangan ? Melalui hati ? Apa cara sekalipun manusia mesti melaluinya . Kerana apa ? Kerana itu lumrah .. pernahkah kita terfikir mengapa kita dikurniakan perasaan seperti itu ? Cinta kepada manusia pun sudah terasa indah apatah lagi cinta kepada Allah . Right ? 

Cinta kepada manusia ini banyak jenisnya .
"Diluah"
"Dipendam"
"Ditolak"
"Diterima"
Masing-masing akan memberikan perasaan yang berbeza . Adakah cinta ini perlu ? Adakah cinta ini memberikan sesuatu kebaikkan mahupun keburukkan kepada kita ?  Jawapannya hanya kita yang mampu menjawab . Mengapa ? Kerana semuanya akan bergantung kepada diri kita sendiri .. bagaimana kita memelihara cinta kita itu ..sesetengah manusia memilih untuk memendam kerana apa ? Kerana mereka takut cinta ditolak . Sesetengah manusia memilih untuk meluahkan mungkin kerana yakin pada diri ataupun dia kuat untuk menempuh sebarang kemungkinan ..
Pada masa kini , ramai yang memilih untuk bercinta berjanji setia . *aiceyy ayatt*  tapi kalau setia .  Alhamdulillah laa . Dah 2016 .. bukan zaman curang-curang lagi .. zaman berfikir ke hadapan .. berfikiran matang nak jadikan hubungan itu serius .

Okey back to the topic .
Aku sebagai manusia , insan biasa , pendosa tanpa noktah ini pun tak lari dari "bercinta"
Tapi setelah seorang insan ini memberi penekanan yang setimpal , aku perlahan-lahan berfikir ada betulnya penekanan tersebut dan setelah membaca dari pelbagai sumber .. Aku menjadi semakin faham .. tapi siapalah diri ini untuk menasihati yang lain . Dari apa yang ditekankan , aku mendapat satu rumusan  
"Kejar cinta Allah , inSyaaAllah , cinta manusia akan mengejar kita"

Maksudnya apa ?  Mohonlaa , mintalaa , merayulaa pada Allah supaya dijaga hatinya , ditetapkan hati kita .. dikuatkan iman kitaa , dipeliharA segalanya , mungkin juga memohon untuk dijodohkan bersama ? *ehemm*  takdir boleh berubah right ? Kena usahaaa laa beb !  Kalau nak .. tunjukkan effort sikit . Baru ahh erphmm cintaa tuu .  InsyaaAllah kalau dah itu sememangnya jodoh yang ditetapkan olehNya .

Tapiii .. bercinta harus ber"couple" atau tak ? Susah nak jawab soalan ni sebenarnya .. zaman sekarang dah menjadi satu adat .. erm .. aku taknak kata lebih , aku kurang arif , kurang ilmu dalam hal ini . Istilah berkawan ? Sayang antara satu sama lain ? Adakah ianya sama dengan ber"couple"? Terlalu rumit untuk dirungkaikan .. aku insan yang lemah .. maafkannn aku sebab tak mampu menghuraikan . 

Tapi kita sebagai manusia , kita mampu berfikir apa yang terbaik untuk diri kita right ? Semua nak yang terbaik makaa dekatkanlah diri dengan kebaikkan . InsyaaAllah ada hikmah sebaliknya untuk setiap kebaikkan yang dilakukan . Jika perlu , istikharah lah , bertahajjud lah .  Kerana itu yang terbaik .. berlapang la dada untuk segalanya ..  akhir kata .. Cinta itu memang indah kerana disitu terlahirnya keikhlasan , kemanisan , kepahitan , pengajaran dan sebagainya untuk diri kita .. selebihnyaa berserahlah kepadaNya yang satu .

Cinta kepada sang pencipta
"Cinta pertama kita adalah kepada Pemberi Rasa Cinta tersebut"

Cinta kepada Ibu dan bapa

"Cinta itu semestinya tiada kurangnya mahupun tidaknya"

Cinta kepada manusia
"Adakah ini cinta yang sebenar ? Atau berakhir dengan kisah tangis dan airmata"

#AR.A❤